✚ Doktor yang juga jemaah haji 1447H

Berpuluh tahun tunggu giliran haji. Jangan sampai gagal pemeriksaan kesihatan.

Musim haji 1447H, saya sendiri jadi jemaah. Buku ni kongsi apa yang saya belajar dari dua-dua belah: dari bilik rawatan, dan dari khemah di Mina. Bahasanya mudah, ditulis untuk mak ayah kita.

Kulit buku Kesihatan dan Haji oleh Dr Ikram Rauhi
RM49RM29Harga pelancaran
Saya nak ebook ni

PDF · Boleh baca di telefon atau cetak · Terus masuk e-mel lepas bayar

Dr Ikram Rauhi, MDDoktor Perubatan · Doktor Kesihatan Pekerjaan

Apa yang saya lalui sendiri

Haji ni ibadah kaki. Badan yang tak bersedia akan rasa.

Ramai bakal haji sibuk belajar manasik. Itu memang penting. Tapi masa di sana, yang paling diuji selalunya badan sendiri.

!

Pada hari kemuncak, jemaah boleh berjalan sampai 20 km sehari. Dalam panas, lepas dua malam tidur tak sempurna.

!

Dalam perjalanan ke Jamrah, ramai jemaah terduduk dan pengsan sebab dehidrasi. Pengawal terpaksa sembur air pada mereka.

!

Di Arafah, jemaah tak dibenarkan keluar khemah waktu Zohor sebab terlalu panas.

!

Nak ke tandas di Mina sebelum waktu solat? Kadang-kadang kena beratur sampai sejam.

!

Kencing manis yang tak terkawal dan obesiti teruk boleh buat bakal haji gagal pemeriksaan. Ramai tak sedar sampai hari pemeriksaan.

!

Lepas balik, saya sendiri batuk dan demam 2 minggu. Ubat batuk biasa tak jalan, akhirnya perlu antibiotik.

Sebab tu pesan saya cuma satu: mulakan persediaan sekarang, jangan tunggu surat tawaran.

Buku ni untuk

Untuk bakal haji, dan untuk anak-anak yang menguruskan mereka

  • ✓Bakal haji yang ada kencing manis, darah tinggi, sakit lutut atau berat badan berlebihan
  • ✓Anak dan waris yang menguruskan mak ayah ke haji, dari klinik sampai dokumen
  • ✓Jemaah rayuan yang masa bersedianya singkat. Saya pun jemaah rayuan.
  • ✓Yang muda dan rasa diri sihat. Saya bawah 40 tahun dan tiada penyakit, tapi tetap demam dua kali.
  • ✕Buku ni bukan pengganti pemeriksaan dan nasihat doktor anda. Ia bantu anda tahu apa yang perlu ditanya dan disediakan.
Mak ayah dapat giliran tahun depan?

Ramai beri sejadah dan kurma sebagai hadiah. Yang ini pula bantu mak ayah sampai ke Tanah Suci dengan badan yang kuat.

Isi kandungan

7 bab, dari surat tawaran sampai pulang ke rumah

Lebih 150 halaman, dengan infografik berwarna. Setiap istilah perubatan dijelaskan.

Prolog

Rayuan Haji

Panggilan "Demo nak dop?" dan SMS tawaran yang buat masa bersedia tiba-tiba jadi singkat.

Bab 1

Mampu Itu Bukan Sekadar Wang

Kenapa kesihatan termasuk dalam syarat istito'ah, dan apa maksudnya untuk anda.

Bab 2

Haji Ini Ibadah Kaki

Jalan kaki, panas, sesak dan tidur tak menentu. Gambaran sebenar supaya anda tak terkejut.

Bab 3

Pemeriksaan Kesihatan

Maksud kod Hijau, Kuning, Merah dan Hitam, dan apa yang perlu dibawa pada hari pemeriksaan.

Bab 4

Kenapa Ada yang Gagal?

Penyakit yang boleh menggagalkan haji, dan yang masih sempat diperbaiki.

Bab 5

Mulakan Persediaan dari Sekarang

Latihan berjalan, vaksin, beg ubat, selipar, dan persediaan mental.

Bab 6

Di Tanah Suci: Jaga Badan, Jaga Ibadah

Air, panas, makan, klinik, dan cara simpan tenaga untuk hari-hari Masyair.

Bab 7

Pulang Membawa Haji, Bukan Penyakit

Batuk dan demam lepas balik: bila perlu jumpa doktor, dan cara rancang cuti rehat.

Penutup

Galeri dan Epilog

Perjalanan haji 1447H dalam gambar, dan renungan penulis selepas pulang.

Dalam setiap bab

Bukan teori semata-mata

Kisah Saya

Cerita sebenar dari perjalanan haji saya, supaya anda nampak apa yang betul-betul berlaku.

Fakta Pantas

Angka penting yang perlu diingat, diringkaskan dalam satu kotak.

Mitos atau Fakta

Kepercayaan biasa tentang kesihatan dan haji, dan apa yang sebenarnya betul.

Senarai Semak

Tindakan yang boleh terus dibuat. Tanda satu per satu.

Siapa yang menulis

Doktor yang menjadi jemaah

Dr Ikram Rauhi
Dr Ikram RauhiDoktor Perubatan, MD · Jemaah haji 1447H

Saya Dr Ikram Rauhi, doktor perubatan dan doktor kesihatan pekerjaan. Dah lebih 15 tahun saya merawat pesakit.

Musim haji 1447H, giliran saya pula. Saya jemaah rayuan. Panggilan "Demo nak dop?" datang pada 10 Januari. Tiga hari kemudian SMS tawaran sampai, dan petang tu juga saya terus telefon klinik untuk buat pemeriksaan.

Sebagai doktor, saya tahu teorinya. Sebagai jemaah, saya rasa sendiri: berjalan berbelas kilometer dalam panas, tidur berhimpit di Mina, dan batuk dua minggu lepas balik.

Buku ni gabungan kedua-duanya. Saya tulis untuk orang macam mak ayah kita, bukan untuk doktor.

Dr Ikram
1447Hjemaah haji
46hari di Tanah Suci
15+tahun sebagai doktor

Dapatkan sekarang

Mulakan persediaan hari ini.

  • Ebook Kesihatan dan Haji (PDF, lebih 150 halaman)
  • Prolog, 7 bab, Galeri dan Epilog
  • Infografik dan senarai semak dalam setiap bab
  • Boleh dibaca di telefon, atau dicetak untuk mak ayah

Harga biasa RM49

RM29Harga pelancaran

Lebih murah daripada sepasang kain ihram.

Borang pembayaran BCL Embed code BCL akan dipaparkan di sini.

Bayar melalui FPX (online banking). Pautan muat turun dihantar ke e-mel sebaik bayaran berjaya. Dengan membayar, anda bersetuju dengan Terma & Syarat dan Polisi Bayaran Balik.

Soalan lazim

Soalan yang selalu ditanya

Saya belum dapat surat tawaran. Awal sangat ke nak baca?

Tak awal langsung. Itulah pesan utama buku ni. Turunkan berat badan dan kawal gula perlukan masa berbulan-bulan. Ada sahabat saya yang bersedia setahun sebelum pemeriksaan, dan dia lulus.

Saya jemaah rayuan, masa tinggal sikit. Masih berbaloi?

Berbaloi. Saya pun jemaah rayuan. Bab 3 dan Bab 5 bantu anda susun apa yang perlu dibuat dulu dalam masa yang singkat.

Saya tak biasa dengan PDF. Susah ke nak buka?

Tak susah. Lepas bayar, anda akan terima e-mel dengan butang muat turun. Tekan butang tu, dan buku terus terbuka di telefon. Kalau nak, boleh cetak untuk mak ayah.

Mak ayah saya ada penyakit kronik. Buku ni boleh ganti nasihat doktor?

Tidak, dan memang tak patut. Buku ni bantu anda tahu apa nak tanya dan apa nak sediakan, supaya temujanji dengan doktor anda lebih berbaloi.

Sesuai untuk umrah juga?

Banyak bahagian terpakai, terutamanya persediaan fizikal, ubat-ubatan, panas dan penjagaan selepas pulang. Bahagian pemeriksaan kesihatan pula khusus untuk haji.

Boleh beli untuk mak ayah?

Boleh. Isi nama dan e-mel anda semasa bayar. Lepas tu cetak atau hantar PDF tu kepada mak ayah anda.

E-mel tak sampai. Macam mana?

Semak folder Spam atau Promotions dulu. Kalau masih tiada selepas 15 minit, hubungi kami melalui maklumat dalam e-mel resit pembayaran.

Semoga Allah permudahkan perjalanan anda ke Tanah Suci.

Dan semoga anda pulang membawa haji, bukan penyakit.

Dapatkan ebook · RM29